Jumaat, 29 April 2011

qalbuku merintih sayu
sepi mencengkam diri
setelah sekian lama
kau pergi menghadap
Ya Rabbul Izzati..
kepiluan menyelubungiku lagi
tatkala aku mengadu
pada-Mu Ya Rahim..
hanya Kau yang Maha Mengetahui
betapa aku merindui
akan dirinya..
diri seorang insan y bergelar ibu..
masih jelas tergambar
senyuman yang terukir dibibirnya
meskipun syahdu membelenggu
rantai jiwamu..,
ketenangan di wajahmu
kau lemparkan agar
menyelimuti kegelisahan
yang menggunung diqalbuku..
namun aku mengerti..
itu hanyalah topeng yang
digunakan semata-mata
hanya kerana kau ingin
sentiasa melihat anak-anakmu
tersenyum riang meskipun qalbumu
di rundung walang..
Ya Khaliq,
aku merayu seluruh jiwa ragaku
Kau dengarlah rintihan
hamba-Mu yang hina ini..
Kau berikanlah ketenangan
yang abadi seperti
tenangnya jannah-Mu
sebagimana yang telah Kau singkapkan
di dalam kitab suci-Mu
kepada..
insan nurani yang pernah
mempertaruhkan nyawanya sendiri
semata-mata hanya kerana ingin
membiarkan diri ini
menjamah dunia yang fana...